Batch 1993 .

Batch 1993 .
Friendship is unnecessary, like philosophy, like art... It has no survival value; rather it is one of those things that give value to survival. Join we here : http://www.facebook.com/home.php?sk=group_137996269588207

Thursday, May 24, 2012

MEMORIES - by Zila :)

Assalamualaikum , tgk kawan2 post kat sini , teringin la pulak :)
Dulu aku selalu jugak lepak kat Batch 1993 sebab rasa best sangat , dapat ramai kawan . Time tu semua tengah cuak dengan result , dengan UPU . Aku memang tak kenal rapat dengan semua , tapi ramai juga lah yang still berkawan sampai sekarang .

Dulu ingat lagi , jadi rapat sebab kat Batch ada nama gelaran , kiranya mcm panggilan mesra . Yang aku paling ingat ialah Kak Long ( Ainina ) sebab dia paling senang nak didekati . Pijie ( aku lagi suka panggil Asyralf ) plak aku rapat sebab masa tu kecoh pasal PLKN , die kata dia dapat sama tempat dengan aku , tapi tak dapat nak pergi sebab ada masalah kesihatan . Start situ aku kawan rapat dengan dia . share prob apa sume :) Yang lain, aku kenal gitu-gitu je time kat batch , sebab aku rasa kat sana ramai sgt org .

Aku tak ingat group KAMI tu nama sebenarnya apa , tapi alkisah dapat nama KAMI tu bermula masa chat group , tgh cari nama group , aku cadangkan nama KITA , tapi Rizuan nak KAMI . Haha , akur je laa , dia tukar sikit Kita dengan Kami , ala lebih kuranglaa :) Gi pun kena la ikut cakap orang atasan :D

Kat Batch 1993 banyak jugak kenen mengenen ahli , ada yang menjadi kan ? hehe . Seronok tgk yang menjadi tu . Kita manusia biasa kan ? :) Ada perasaan . Seronok lepak sini sebab kalau kita sedih , ada kawan nak berkongsi duka , kalau kite seronok , ada kawan nak berkongsi suka . Segalanya ada kawan-kawan yang akan support daripada belakang .

Dulu aku jarang online , sesekali online memang KAMI lah tempat yang aku tuju , post kalian buat aku tersenyum . Usik mengusik , gurau senda semuanya buat kita makin rapat . Dalam group KAMI aku rase lebih mudah untuk berhubung sebab ahlinya tak ramai . Senang nak membina ukhwah :) Tu pun ada gak yang tak kenal lagi . Hehe sebab mungkin dorang sibuk tak dapat online

Pernah jumpa sesiapa budak KAMI ?
Setakat ni aku pernah jumpa 2 orang budak KAMI . Siapa ? Rizuan dengan Yaya :) Sempat berbual dengan dorang berdua sebab sama tempat belajar . Tapi sekali je la pon pernah bertegur :D Ok la daripada takda kan ? :)

Sejak dua menjak nie . Sadiq pulak tempat aku share masalah . Haha . Sebab dia paling rajin tegur aku :D Haha thanks sadiq . Aku sangat menghargainya . Farid lak aku rapat lepas dia selalu bosan yang waktunya sama  dengan aku bosan :D Nasib cuti dah nak habis . Hewhew . Ada gak yang jadi rapat sebab hobi dorang suke like like and poke poke . Thanks sebab buat notii aku jem hari-hari . Haha tak marah~

Untuk semua ahli KAMI , Asyralf , Farid , Sadiq , Cikin , Achik ,Asma , Eira Ghulam , Liza , Ili Najihah , Rizuan , Izzudin , Ayeen , Ainina , Eyra , Aziz ,Yaya , Nadiah ,Mareena dan semua yang lain2 , aku doakan korang berjaya dalam hidup , aku seronok pernah kenal dengan korang . Harap kawan selamanya . Kalau ada yang tak rapat , kita rapatkan , kalau  ada yang terasa hati , maafkanlah , kita satu family dan aku harap kita layan semua sama rata sebab kita ibarat satu keluarga betul tak ? :)

Lots of love , Nur Azila Ismail :)

p/s : hope to see all of you ! Amin .

Tuesday, May 8, 2012

Selamat Sejahtera Semua

Hye readers batch...

Rasanya kebanyakan student dah bercuti tak kira la student U ke, poli ke, matrik ke.Dalam cuti ni mesti ada yang tengah berdebar, bosan, gembira kan..kan..kan..?
nak tau sebab pe..

Student U
Kebanyakannya dah cuti terutama student UiTM. Sory la jadual U lain aku tak tau. Sekarang pelajar UiTM tengah bosan menjalani hari-hari cuti semester. Mungkin ada yang happy bercuti bersama keluarga. Result exam pun dah lama munculkan dirinya. Jadi sekarang hanya menghabiskan sisa-sisa cuti yang berlebihan yang ada lebih kurang sebulan je lagi dari sekarang.

Student Matrik
Student matrik pun tengah bercuti sekarang ni. Berapa bulan tu tak ape nak igt la. Tapi ada gak student matrik dah tamat pun belajar sekarang ni sebab course diorg cuma setahun je. Mungkin diorg tengah happy sebab dah tamat belajar and tunggu untuk sambung degree. Mesti best kan dah boleh sambung degree. Tapi dalam bergumbira tu mungkin diorg tengah berdebar sebab result diorg akan kuar dalam bln ni. Aku dengar 29/5/2012 tau la betul ke tak? Jadi berdoala banyak-banyak agar korg dapat keputusan yang cemerlang.

Student Politeknik
Student politeknik pun sama tengah bercuti dan aku rasa baru je diorg cuti. Rasanya 2 bulan and bulan 7 baru masuk balik. Jadi nikmatilah cuti anda yang baru bermula ni. Result pun lambat lagi nak keluar takyah nak berdebar sangat la. Haha. Result korang mesti gempak punya.

Student Form 6
Budak form 6 jangan nak sedih sangat la ek. Walaupun anda masih lagi meneruskan perjuangan kitorg tetap tak akan lupakan korang. Kitorg harap korg dapat buat yang terbaik sebab ini tahun terakhir korg kan. Jadi chaiyok2!!! Lagipun hujung bulan ni cuti pertengahan tahun kan. Walaupun sekejap tapi dapat juga meluangkan masa bersama kami dan merehatkan minda yang tengah stress tu. Nanti kerja sekolah tu buat cepat-cepat baru la tak stress dalam menikmati cuti yang cukup indah ni. Korg berusahala ek....

Macam perasaan yang ada dalam cuti ni. Tapi itulah lumrah kehidupan...:)

P/S: Bagi mereka yang yang tak diceritakan jgn kecil hati plak. Aku tak tau jadual korg cmne jd tak dapat nak cerita. Cuma harap korg berjaya dengan apa yang korg buat

Friday, May 4, 2012

Hye Semua :)

Hye budak-budak batch semua,

Agak-agak ada lagi tak menjenguk blog ni. Kesian aku tengok biar dia sorang-sorang kat sini. Sesekali update la blog ni. Tau korang-korang semua sibuk dengan sambung study , takpe la aku paham tapi kalau ada masa yang terluang tu apa salahnya bukak. Barulah hubungan persahabatan kita takkan putus. Walaupun kita jarang berhubung tapi dengan adanya blog ni perhubungan kita tidak akan menjauh. Cewahhhh...jiwang pulak.

Umur kita dah dekat 19/20 tahun dan dah berapa lama kita kenal agaknya. Ada la dalam 1 tahun 6 bulan ke lebih dari tu?. Maklumla ingatan aku ni tak bape nak kuat sangat. Lama jugak ek kita kenal tapi tak pernah pulak kita jumpa. Mungkin takde rezeki lagi la kot nak jumpa. Nanti kalau kita sambung degree or dah keja nanti boleh kot jumpa sebab masing-masing akan pergi lebih jauh untuk sambung degree or keja. Jadi kita tunggguuuuu....

Ingat tak dulu first kita kenal masa 2 minggu terakhir sebelum spm tamat. Time tu kebanyakannya dah jumpa dengan Mr. Freedom. Rasanya yang tinggal cuma budak yang amek subjek Seni dengan Ekonomi. Jeles kot semua dah happy takyah nak pikir pasal study lagi. Bila dah free tu apa lagi semuanya on9 je pastu cite pasal subjek ni susah la, subjek tu susah la. Bila dah abeh cite mula la mengarut sampai buat OT lagi. Best kan time tu.

Tiap-tiap hari ada je cite yang nak dingarutkan. Best layan korang. Siap ada geng OT lagi rasa ahlinya cik Cikin, cik Nad, cik Nina, en Akym, sapa lagi ek tak ingatla. Lepas tu hari-hari kita memang akan kering gusi dengan melayan jenaka-jenaka arwah Megat. Siap mereka ada twin lagi. Indahkan hari-hari tu sampai boleh hilangkan stress yang terpahat dihati.

Kan bagus kalau masa boleh diundur kembali. Banyak kenangan-kenangan manis. Sekarang semua dah busy sampai nak on9 pun takde masa. Nanti time raya kita on9 ramai-ramai ek. Time tu semua cuti jadi boleh la kita chat2 cam dulu walaupun cuma diberi masa seminggu je. Hee

So now enjoy your life first...