بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Jam 11:43malam.
Yeah, selamat malam untuk semua kawan-kawan batch 1993 dan semua kawan-kawan yang lahir tahun 1993. Seperti biasa, malam ni saja penulis blog ni mampu menulis sedikit coretan di blog batch 1993 ni. Okay, jom sambung apa yang saya nak kata. Firstly, sorry untuk semua kawan-kawan batch 1993. Secara mengejut meng-update blog ni. Tapi tak apa, untuk menyerikan lagi blog ni, biar saya yang tolong admins-admins. Cewah!
Terima kasih untuk semua kawan-kawan batch 1993 yang selama ni berkongsi tips dan soalan-soalan spots SPM 2010. Alhamdulillah. Results pun dah keluar pada 23/3/2011, kan? So, macam mana results korang? Gempak atau pakgem? HAHAHA! okay. Tak lawak pun -,- hihih, jangan nak ketawa sangat lah kan, kan? Cerita pasal results okay atau tak, mintak-mintak semua okay saja lah kan? :) Doa yang baik-baik untuk semua. Tak apa, ada hikmah yang mana tak dapat yang cemerlang tu, yang dapat cemerlang tu, teruskan usaha. Tapi, lepas dah berjaya, jangan pandang tinggi dekat orang-orang yang memerlukan pertolongan tu ya. Sama-sama tingkatkan ilmu.
Okay, cerita kedua. College? University? Ouh, sama ada kerajaan atau swasta. Semua kecoh, semua pening tak tahu nak pilih mana. Okay, sekarang ni, satu je. Pilih tempat yang betul-betul boleh jamin masa depan korang. Ipta? Intake terlalu lambat. Jun/julai & september/oktober. Memang susah nak masuk ipta tu. Kebanyakan pelajar lepasan SPM sekarang banyak yang masuk kolej swasta. Sebab-sebab nya adalah, ceh ceh. Firstly, bila korang masuk kolej swasta, korang daftar cepat, habis pun cepat. Cara pembelajaran kat swasta pun lebih bagus berbanding kerajaan. Memang mahal, tapi bila korang dah habis belajar nanti, korang akan dapat kerja yang telah di aturkan oleh kolej tu sendiri, kan? And masa tu, kerja cari duit untuk bayar balik. Tak susah pun hidup kalau berfikir rasional. Kan? Ala, tak apa. Fikir yang terbaik okay? Jangan paksa diri tu. Jangan paksa family. Jangan paksa semua orang. Hik3x. Slow-slow bertindak, jangan slow sangat, nanti kawan-kawan lain dah dapat ijazah, orang tu baru nak ambil diploma. Tak gitu? :)
Cerita ketiga, em. Blog batch ni jarang di-Update. Maaf kepada kawan-kawan yang tunggu untuk dengar cerita atau coretan dari blogger ni. Tak apa, sekali-sekala saya akan tolong update ya? Boleh tak admins? ehem. Jangan nak kedekut sangat lah kan :P hahaha.
Cerita keempat, terima kasih untuk semua warga batch 1993, sebab sudi rapatkan balik hubungan dengan orang-orang kuat. Leader-leader atasan batch 1993. Pijie, Farid, Eira, Dayah Ainina. Wah! nama ku di sebut oleh aku sendiri, hehehe.Okay, saya harap sangat untuk kawan-kawan semua, minta bersabar untuk sesi gathering ya. Perbincangan tentang topik tu sedang dibincang oleh para admins. Insya-Allah, ada masa kita semua akan bertemu dan bersalaman dan bersnapping bersama-sama, yeah-yeah!
Cerita kelima, lepas je korang baca ni, harap korang offline. Sebab mata anda dah terlalu letih menghadap Facebook kan? kan? kan? Ceh, tak mengaku ye? Em, baik tidur cepat. Hope korang semua happy. Selamat malam ler. Jangan tidur lambat-lambat okay? :)
salamualaikum;
4 comments:
kalau dapat jmpe ni gerenti best . hehe
ha'ah, mesti best punya! peluk sama-sama :P
teringin sgt nak jumpe...=)...
wah...msti sron0k gler...wuwuwuwuw...^_^..
Post a Comment