Seperti yang diketahui umum, keputusan akan diumumkan pada 23 Mac 2010 iatu Rabu. Bila tu? Besok ler ! Macam-macam perasaan yang mula membelenggu di dalam diri kita sekarang. Aku sama seperti anda-anda yang sedang menanti detik-detik cemas keputusan SPM yang bakal keluar besok.
Ni aku dapat share beberapa status dan post yang diupdate oleh budak-budak BATCH 1993. Macam-macam perasaan korang kan?
terseksa? Haha!
tertekan kah? Haha!
excited? Haha!
err? Hahak !
cuak? Hee ~
takot? Ofcoz ~ wuu
debar? sesungguhnya YA !
konfius? Hehek!
gelisah? Haha!
macam-macam ~ =='
errr?????
Alhamdulillah,kita telah pun melepasi fasa menempuh peperiksaan. Sekarang ini pula,kita berdebar-debar menantikan detik keputusan SPM diumumkan. Cepat masa berlalu kan? Oklah.kali ni, ni beberapa tips yang mungkin berguna untuk kita semua, bakal pemegang slip keputusan SPM 2010..
*kita telah membuat DUIT sebelum ini.apa tu duit? Doa,Usaha,Ikhlas,Tawakal. Itulah yang telah kita lakukan. Semoga kita mendapat result yang cemerlang. Amin~
1)banyakkan berdoa,
banyakkan doa.ingat!bahawa allah sering berada di samping kita.solat juga jangan diabaikan.apa gunanya kita berdoa kalau solat pun tidak cukup 5 waktu sehari semalam?
2)berfikiran positif,
fikirkanlah perkara-perkara yang positif.mungkin kita bimbang keputusan yang bakal kita terima tidaklah seperti yang kita harapkan.tapi,apa salahnya jika kita mengandaikan kita boleh memperoleh keputusan yang cemerlang nanti.
3)lakukan banyak kerja,
kepada yang bekerja,mungkin hal yang berkaitan dengan result spm ini boleh dilupakan buat seketika.bagaimana pula bagi mereka yang masih menganggur di rumah?sudah pasti selama 24 jam mereka memikirkan mengenai keputusan spm ini.apa salahnya jika anda menyibukkan diri anda melakukan apa-apa sahaja.menolomg ibu memasak di dapur pu sudah memadai.apa lagi?jom cuba buat resepi baru..
4)beri semangat kepada diri sendiri,
kalau diri kita sendiri pun tak boleh support,siapa lagi?berikanlah kata-kata semangat kepada diri sendiri.aku boleh! mungkin kata-kata tersebut membuatkan minda anda berfikir dengan lebih positif.
5)ingat wajah-wajah kesayangan anda,
bayangkan wajah emak dan ayah mungkin akan menyebabkan kita lebih gementar. Betul tak?tapi,inilah cara yang terbaik untuk menghilangkan rasa takut untuk menunggu detik keputusan SPM diumumkan. kerana merekalah yang sedang berada di depan mata kita sekarang yang selalu memberikan dorongan dan semangat kepada kita.
*kita telah membuat DUIT sebelum ini.apa tu duit? Doa,Usaha,Ikhlas,Tawakal. Itulah yang telah kita lakukan. Semoga kita mendapat result yang cemerlang. Amin~