Batch 1993 .

Batch 1993 .
Friendship is unnecessary, like philosophy, like art... It has no survival value; rather it is one of those things that give value to survival. Join we here : http://www.facebook.com/home.php?sk=group_137996269588207

Friday, November 8, 2013

By: Nur Asmaa Redzuan


Hai, Entry kali ini diupdate oleh saya. hikhik malu pulak. First time nie okayyyy! orite apa khabar u ollss? i ollss harap u ollss sihat disamping keluarga, kawan-kawan dan kekasih. ehemm! okay aku nak cerita lah kan macam mana aku boleh terjebak berkawan dengan mereka ini dan aku bahagia+gembira apabila aku turut terjebak dalam semua nie. Bukan semua yang lahir 1993 boleh jadi macam nie okayy.

Okay mula-mula sekali aku kenal Farid kot kat dunia Facebook nie. Aku kenal Farid nie melalui page SPM2010 adalah share-share info yang berguna untuk SPM lepas tu.  Share skop macam kat bawah nie!





hehe aku scroll 1000+++ punya message kat FB untuk menayang. haha malu nak tayang tapi inilah yang dipanggil kenangan masa SPM. haha dengan tulisan ala-ala rempit aku kan. So aku merasakan bahawa FB adalah medium yang sesuai untuk pelajar berkongsi ilmu dan skop mengenai pelajaran. Aku selalu kena marah dengan mak aku kalau online FB, mak aku marah and cakap "nanti dalam periksa, tak ada soalan pasal facebook semua" tapi tiba-tiba aku pernah menjawab soalan pasal facebook okay. Tak silap soalan BI, Benefits of using Facebook. haaaaaa kan masuk exam tu. hehe

Okay, kembali ke topik sebentar tadi, aku selalu jugak usha page SPM2010 sebab nak tengok apa skop yang disharekan. Ada juga yang aku kenal selain Farid tapi aku tak ingat sape. Farid sorang je yang aku ingat. haha. Lepastu tak silap Farid ada cakap " tahu tak lepas habis SPM2010, page tu akan didelete" lebih kurang macam tu lah tak silap aku Farid cakap, then tak lama lepas tu tertubuhlah group Batch1993. Kat situlah aku kenal dengan yang lain. 

Nazirah Rafie dulu nama FB dia "Saya Nazirah" haaaa aku ingat yang tu je. Yang lain samar-samar dalam ingatan aku. Maaf kalian. Aku antara yang awal jugaklah yang join batch1993 tu lepas tu ramai pulak yang masuk and masa kat group batch1993 tu memang chatbox yang kat bawah tu memang kecoh lah, seronok weh masa tu. then bila dah terlalu ramai sehingga mencecah berapa tah tiba-tiba chatbox tu tak boleh nak bukak.

So, bila dah ramai, ramai dan ramai makin tak seronoklah bila ada yang tak join comment-comment kat group tu kan sampai mencecah ribu jugak kot. Aku pun memang senyaplah sebab ada yang aku tak kenal lepastu aku pun kerja time tu so macam takde masa jugaklah. Then tiba-tiba tertubuhlah group -K.A.M.I- , tak silap Hijrah Malek yang create kan. So, kat -K.A.M.I- nie lah dikumpulkan semua geng-geng masa zaman kegemilangan batch1993 tu. Tapi kemeriahan yang dirasai tak sama macam batch1993. Aku tak tahulah kenapa, maybe semua busy dengan pelajaran, assignment bagai so takde masa nak join chat-chat kan. 
Gambar ini aku dapat dari FB pijie yang telah tag namaku disitu,
KAMI DAH MERDEKA! YEHHHH ! ? *ayat lepas SPM*

Hari demi hari, tahun demi tahun tup tup dah tiga tahun okay aku kenal mereka nie. Gaduh lah, gelak lah semua ada. Bagi yang pernah gaduh dengan aku, aku mintak maaflah dengan apa yang berlaku, aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesalahan. hehe aku maafkan andai kau kau kau yang memulakan pergaduhan itu. Eh! yang aku ingat aku pernah gaduh dengan Iqbal. hahahahahahahahahahahahaha entah sebab apa pun aku tak tahu, abaikan saja yek yek. Yang lain yang aku tak ingat tu maaf dehh kalau kau ingat aku pernah gaduh ke ape ke. hehehe *peace yoo*

So, sekarang aku pun dah habis diploma, haaaaa masa dapat IPTA kan, sedih gila kot aku. Dah la tercampak ke Kelantan then takde sorang pun dari batch1993 or -K.A.M.I- yang sama tempat dengan aku, ingat bolehlah jumpa ke ape kan. Tapi yang paling sedih kan, takde pun geng-geng nie yang duduk Kelantan. Yang kampungya di Kelantan adalah macam Ana, Zila kampung mereka di Kelantan. Takpelah at least aku dapat jumpa juga mereka-mereka nie. Aku pernah jumpa Cikin and Nazirah. Hijrah and Hidayah tak payah cakaplah dorang nie kawan baik aku kat sekolah , so memang mengadap muka dorang je kat sekolah.

Macam panjang je? macam panjang je? haha , lantaklah, nanti bila aku umur 40 tahun , aku boleh bukak balik blog nie and baca semula. well , ini kan kenangan! time tu memang throwback habislah kan. haha okay berbalik kepada cerita jumpa-menjumpai kan. Nazirah aku jumpa masa aku ada trip ke Terengganu, then ada aku kecoh-kecoh cakap kat KAMI yang aku nak datang Terengganu. Tak ingat macam mana proses aku msg dengan Nazirah pasal trip aku ke Terengganu nie. Masa aku pergi Muzium Terengganu tu, Nazirah pun datang situ. haha bila dah jumpa Nazirah cakap "nervousnya macam nak jumpa pakwe pulak" haha aku pun malu jugak/ hihihi Then tak lama pun kitaorang jumpa, kejap jeeeeeee.. Nazirah bagi aku 1 keychain love and coklat toblerone yang besar punya di gabungkan menjadi satu bulatan , kiranya 6 lah coklat toblerone yang aku dapat. Puaslah seminggu nak habiskan coklat tu. Aku pulak tak bagi papepun kat Nazirah. huhu sorry , pertemuan yang tak dijangka!

Okay Cikin pulak, aku and Cikin sama Fakulti cuma kampus je lain-lain, Cikin kat Merbok and aku kat Machang. So, untuk semester 5 nie kan, student part 5 memang kena buat trip ke Arkib Negara Malaysia (ANM) untuk subjek Archive Administration kot. So aku pun pergilah ke ANM, masa nak balik tu nampak bas UiTM kampus lain kat ANM tu , so memang dah syak lah memang Fakulti kitaorang je yang akan buat trip ke tempat macam nie. Lecturer aku cakap bas dari kedah, then aku pun msglah Cikin tanya ada kat ANM ke? lama kejap tu ada orang panggil "Asmaaaa" hahaha dan ya itu Cikin yang panggil aku. Jumpa memang kejap gila, just jumpa untuk ambil gambar je, takde borak panjang lebar sangat. Then barulah aku tahu, rupanya Cikin tak terima pun SMS dari aku. Kira Cikin sedar kewujudan aku. hahahaha itu bermakna kalau geng-geng KAMI nie terserempak dengan aku kat tepi jalan dorang boleh kenal kot. 

Aku dah cerita dah pasal perjumpaan aku dengan Cikin and Nazirah kat group KAMI tapi aku nak cerita jugak kat sini. hahaha  so sekarang, kitaorang still rapat kat wechat lah, kat group macam kureng jeee. Tapi okaylah dengan wujudnya alat komunikasi seperti ini mampu menambah kenalan pengguna dan mengeratkan silaturrahim antara KAMI. Aku pun jarang jugak nak berjaga sampai ke subuh untuk online. Bukan takde berjaga, ada tapi kurang sbb umur pun sudah 20 tahun dan sudah tiba masanya untuk belajar tidur awal, bangun awal dan buat apa yang patut. ececececece! hahaha *koyas*

Okay, aku harap hubungan yang kita bina 3 tahun lepas akan berkekalan sampailah ke tua, sampailah ke akhir hayat kita. Aku sayang korang semualah walaupun tak pernah jumpa tapi wujud perkataan kawan/sahabat antara kita :) 

Assalammualaikum semua,

with love, 
Nur Asmaa Redzuan












No comments: