Batch 1993 .

Batch 1993 .
Friendship is unnecessary, like philosophy, like art... It has no survival value; rather it is one of those things that give value to survival. Join we here : http://www.facebook.com/home.php?sk=group_137996269588207

Friday, September 4, 2015

KEMBALI

Assalamualaikum semua :) salam sejahtera . Selepas setahun lebih tak update blog ni , kini -K.A.M.I- kembali . Ada yang rindu tak nak baca blog ni ? Hehe , maaf lah ya semua . Admin busy tanam anggur kat rumah plus baru ingat balik email dan password blog ni . Maklumlah umur dah makin meningkat , daya ingatan pun menurun . Haha . Okay gurau je . 

Actually tak ada idea pun nak update pasal apa , tapi tangan ni gatal je nak menaip nak update blog ni . Ye lah kan setahun lebih tak on blog ni haa , blog sendiri pun lagi lama tak update . Lama gila tak aktif main blog . Hahaha . Kesian blog ni haa penuh sawang . Kita tak mampu nak upah cleaner tolong bersihkan blog ni . Kerja pun tanam anggur je , sekarang bukan musim dia lagi . Hahaha pepandai je kan . 

Beberapa hari lepas , kita baru sahaja sambut HARI KEMERDEKAAN yang ke-58 . Mula-mula perasaan nak sambut tu tak ada pun , tapi pada malam Hari Kemerdekaan kami semua dapat hadiah dari abang -K.A.M.I- . Hihi , mesti tahu kan siapa orangnya . Tak perlu mention kot nama dia . Hahaha okay-okay sorry abang Hafizie Asyralf . Adik-adik kan baik , so adik kena hormat abang kan ? :P hahaha . Merepek dah aku nih . Okay guys , kepala admin masuk air sikit sejak kebelakangan ni . Semuanya sebab group -K.A.M.I- huhu . Salahkan diorang okay , hahahahaha .

Alhamdulillah group whatsapp makin aktif sekarang , lagi-lagi bila Pijie dah kembali . Haha . Niat aku sekarang cuma satu , nak kumpulkan diorang semua kat dalam group whatsapp . Rindu nak bising-bising macam kat facebook dulu . Huhu , sebab tu aku nak kumpulkan diorang semua . Sekarang ramai juga yang hilang , tak tahu ke mana . Tetiba sepi tak ada berita langsung . Korang yang 'hilang' tu please munculkan diri anda di group . Tak nak lost contact dengan korang semua . Korang tak rindu ke zaman kita-kita semua aktif kat facebook ? Huhu sebak bila teringat time lepasan SPM . Huuu aku rinduuu :') 

Sejak kebelakangan ni aku rasa aku aktif jumpa geng-geng -K.A.M.I- ni . Hehe , harapnya ukhuwah ni berpanjangan lah kan . We are family . Jangan sampai lost contact , huhu . Oh rasanya dah terlambat untuk aku wish Congratulation to Oneny Tifny yang selamat diijabkabul beberapa bulan lepas ( aku tak ingat date ) dan congratulation juga untuk Fatin Aqilah @ Qyla yang selamat melahirkan anak sulungnya . Hihi tahniah Qyla :) be a good wife and mom okay . Bestnya dah ada baby , nanti kalau reunion boleh bawa dan kenalkan pada kita semua . Heee , Ain Danisha pun yang akan melangsungkan majlis nya tak lama lagi semoga berkekalan sampai ke akhir hayat . Nanti jangan lupa jemput -K.A.M.I- ya . Haa untuk Pijie juga jangan lupa jemput bila nak buat kenduri nanti okay :P

Bila bercakap pasal majlis ni kan , aku sebenarnya excited nak attend majlis korang . Lagi-lagi kalau ramai yang dapat kumpul kat majlis tu . Bestnya . Tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan tu kalau dapat reunion kat majlis korang . Kikiki mesti riuh punya . Hahaha . Apa yang aku harapkan sekarang dapat jumpa korang semua suatu hari nanti . Reunion besar-besaran okay . Kehadiran korang semua dalam kehidupan aku sangat bermakna . Siapa yang sangka kan , kita berkenalan hanya di facebook tanpa bersua muka tapi hubungan ni macam kita semua dah jumpa . Share masalah , nasihat menasihati dan macam-macam lah . Secara kasarnya hubungan ni dah hampir 5 tahun . Kita semua hanya contact di facebook / whatsapp tapi ada yang pernah jumpa kan . Dulu aku ingat hubungan kita ni setakat di facebook je tapi akhirnya apa yang aku fikirkan sama sekali tak betul . Look at now kita semua macam satu keluarga besar . Kan ? Siapa yang tak happy ? Cuba bagitahu aku sikit . Hahaha .

Bangga gila dapat kenal korang semua , aku percaya ada yang diantara kita semua bila bercerita kat kawan masing-masing mesti susah nak percaya bukan ? Ada yang jeles bila tengok kita pakai baju -K.A.M.I- tu . Ada yang sekarang nak masuk group kita , tapi maaflah group ni dah lama sangat dan kami semua bukan sombong okay . Jangan lah fikir kami semua macam tu . Huhu . Think positive :) Actually post ni aku karang dari malam tadi tapi disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan aku untuk stay kat depan laptop ni aku terpaksa tangguh . Huhu so ini lah post terbaru about us . 

Entry ni tak seberapa pun just nak update this blog . Lama sangat tinggal , penuh dengan sawang . Hahaha . Rasanya setakat ni dulu entry kali ini . Ada masa admin update lagi okay . Hihi . Selamat membaca :D maaf kalau ada yang terasa dengan entry ni . Mungkin nama anda tiada kat dalam entry ni tapi kalian semua tetap ada dalam hati dan doa kami semua . Semoga apa yang kita rancangkan berjalan dengan lancar . Happy weekend guys :) terima kasih kerana sudi baca entry ini . Love you all . Assalamualaikum dan salam sejahtera :)








Sincerely ,
EG;050915;1341pm