Salam.
.Sahabat.
Bismillah..
Sahabat, bila awak sedih,
saya orang yang paling susah hati.
Awak tau kan?
Tapi awak sedih bukan sebab saya kan.
Awak sedih sebab orang lain.
Tapi saya susah hati jugak.
Sebab awak sahabat saya.
Awak asyik cakap awak nak nangis , sedih, tension.
Saya dengar je.
Sebab saya sahabat awak.
Bila awak sedih, saya tak tau nak buat apa sebab saya bukan sahabat terbaik awak.
Saya tak tau pujuk.
Saya tak tau nak bagi ayat-ayat manis dekat awak.
Saya nak awak okey je. Gembira balik.
Tapi awak tau kan saya ikhlas kawan dengan awak?
Awak tau tak deep down dalam hati ni saya sedih sangat sebab awak macam tak kisah apa saya rasa.
Awak down sangat-sangat tapi awak fikir tak awak ada kawan lain?
Saya ni macam bukan kawan awak kan?
Awak ketepikan saya.
Takpe, saya tak marah sebab awak sahabat saya.
Cuma terasa hati sikit. Itu aje.
Macam budak-budak je nak terasa-terasa ni.
Tapi awak tak faham.
Saya doa kat Allah mintak awak okey.
Saya sayang awak, SAHABAT.
"sahabat bukan macam skate board.
belum main digilap.
tengah main dipijak.
sahabat bukan macam bola sepak.
belum dapat kejar.
dah dapat tendang.
sahabat bukan macam bulu tangkis.
belum main pegang.
tengah main dipukul.
tapi..mungkinnn..
mungkin ye kawan-kawan.
(dan mungkin bila nanti)
sahabat macam bola ragbi.
belum dapat rebut.
dah dapat dilindungi.
sahabat juga macam jari.
lukanya sembuh sendiri.
tapi,hilangnya tiada ganti."
-----------------------------------------------------
ohh..susah ye nak jadi sahabat.
dan susah juga nak cari sahabat.
Rasa macam buat karangan KAWAN BAIK SAYA macam kat sekolah rendah dulu.